Friday 16 September 2011

Chesterfield, United Kingdom - 16 September,2011


Good Luck for your examination.

P.S - gamba tu saye x edit apa2 pon ye. just tambah frame and my name.

Love,
Zaza.

Sunday 14 August 2011

PERSAUDARAAN YANG SUCI

Saudara-saudaraku yang beriman, ukhuwwah (persaudaraan) di dalam Islam tidak akan menjadi suci, murni, kukuh dan saling tolong menolong di atas dasar kebajikan melainkan jika terjadi kerana Allah Subha Nahu Wa Taala di dalam mencari keredhaan-Nya. Banyak hadis Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang membenarkan kenyataan ini.

Pertama: "Tiga perkara siapa yang ada padanya akan dapat merasai kemanisan iman, iaitu; Pertama, bahawa Allah dan Rasul-Nya lebih dikasihi daripada yang selainnya. Kedua, seseorang itu kasih kepada seseorang dan tiadalah ia kasih kepadanya melainkan kerana Allah. Ketiga, bahawa ia benci untuk kembali menjadi kekufuram sebagaimana ia benci untuk dimasukkan ke dalam api neraka." [Riwayat Bukhari]

Kedua: Sabda Rasulullah SallaLlahu 'Alaihi Wasallam, "Dan dua orang berkasih-kasihan demi Allah dan begitu juga apabila berhimpun." [Riwayat Bukhari]

Ketiga: Seorang lelaki yang menziarahi saudara seagama.

"Bahawa seorang lelaki menziarahi saudaranya di desa. Maka Allah Subha Nahu Wa Ta'ala mengutuskan seorang malaikat mengikuti dalam perjalanannya, maka manakala malaikat bertemu dengan lelaki itu ia bertanya, "Ada urusan apa?" Jawab lelaki itu, "Aku hendak menemui saudaraku di desa ini." Malaikat bertanya lagi; "Ada apa-apa yang dibawanya?" "Tidak! Melainkan aku kesana kerana aku kasih kepadanya." Lalu berkata malaikat; "Aku malaikat utusan Allah Subha Nahu Wa Ta'ala untuk memberitahu bahawa Allah Subha Nahu Wa Ta'ala kasihkan engkau sebagaimana engkau kasihkan saudaramu."" [Riwayat Muslim]

Akan tetapi wahai saudara-saudara yang beriman, persaudaraan di dalam Islam tidak akan menjadi jujur kerana Allah Subha Nahu Wa Ta'ala dan mencari keredhaan-Nya melainkan apabila persaudaraan itu didorong oleh keimanan dan untuk memperolehi ketaqwaan. Ini kerana tiada persaudaraan tanpa Iman dan tiada persahabatan tanpa taqwa. 
Firman Allah Subha Nahu Wa Ta'ala yang mafhumnya;

"Bahawa orang-orang yang beriman itu bersaudara." [Al Hujurat: 10]

"Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh)." [Az-Zukhruf: 67]

Individu yang dibentuk di atas tapak keimanan dan ketaqwaan. Apabila seseorang bersahabat dengan orang-orang yang seiring dengannya di bidang iman dan taqwa, ia akan merasai hubungan yang benar-benar hampir dan kasih. Juga ia akan merasai kemesraan dan keikhlasan di detik awal pertemuan dan perkenalan. 

Bagi diri yang berhias dengan sifat keji yang dibangunkan di atas tapak yang membawa kerosakan, ia tidak dapat duduk bersama dengan manusia yang sejahtera imannya. Ini disebabkan berlainan prinsip, jiwa yang tidak bersesuaian serta dasar yang tidak sama. Sehubungan dengan itu Nabi SallaLlahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud;

"Manusia itu bagaikan logam, mereka yang paling baik di zaman jahiliyah, maka begitulah setelah datangnya Islam sekiranya mereka mengerti, dan jiwa itu bagaikan tentera-tentera terlatih. Mana-mana yang bersefahaman dapat bersatu dan mana-mana yang tidak bersefahaman akan bertelagah." 

Wahai saudara-saudaraku yang mulia, terdapat banyak jalan untuk mengukuhkan ikatan ukhuwwah, dan sekiranya anggota masyarakat berpegang dengannya dan melaksanakannya di dalam kehidupan mereka, nescaya akan bertambah kuatlah persaudaraan sesama mereka. Antaranya ialah:

1. Nyatakan rasa kasihmu kepada saudaramu. 

Sabda Rasulullah SallaLlahu 'Alaihi Wasallam; "Jika seseorang itu kasih akan saudaranya, beritahulah kepadanya yang dia kasih kepadanya." [Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi]

2. Mintalah supaya saudaramu mendoakanmu sebelum berpisah. 

Umar bin Al-Khattab radhiallahu anhu berkata, "Saya minta izin kepada Baginda SallaLlahu 'Alaihi Wasallam untuk mengerjakan umrah." Baginda SallaLlahu 'alaihi Wasallam membenarkan dan berpesan; "Jangan lupa bila berdoa untuk kami bersama." [Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi]

3. Bermanis muka ketika bertemu.

Sabda Rasulullah SallaLlahu 'Alaihi Wasallam;
"Janganlah kamu memandang hina terhadap kebaikan walaupun kecil, walaupun bermanis muka ketika bertemu dengan kawan-kawan." 

4. Segeralah bersalam apabila bertemu.

Sabda Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam, maksudnya; "Tiadalah dua orang Islam yang bertemu lalu bersalaman melainkan dosa mereka akan diampunkan sebelum berpisah." 

5. Selalu menziarahi saudaranya dari masa ke semasa (satu tempoh yang tidak terlalu kerap dan tidak terlalu jarang). 

Sabda Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam, ertinya; "Siapa yang mengunjungi orang sakit atau menziarahi saudara seagama dengannya, menyerulah penyeru (malaikat), engkau baik, perjalanan engkau juga baik dan engkau akan menduduki rumah di Syurga." 

Sabdanya lagi di dalam riwayat yang lain; "Ziarahilah saudaramu untuk menambahkah kasih sayang."

6. Memberi ucapan tahniah kepada saudaranya dan menyukakan hatinya.
"Siapa yang menemui saudaranya dengan apa-apa yang menyukakannya, nescaya Allah Azzawajalla akan menyukakannya pada hari kiamat." 

7. Memberi hadiah kepada saudaranya pada ketika yang munasabah. 
"Hendaklah kamu memberi hadiah, ia boleh membangkitkan kasih sayang dan menghapuskan rasa dendam di hati." [Riwayat Dailami dari Anas]

8. Laksanakan tanggungjawab persaudaraan dengan sempurna. 

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam bersabda, maksudnya;

"Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu satu kerumitan dari kerumitan Akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya." [Riwayat Muslim]

Rujukan: Iman, Senjata Menghadapi Cabaran Zaman; Abdullah Nasih Ulwan



dipetik daripada http://tarbiyahpewaris.blogspot.com/2008/10/persaudaraan-yang-suci.html

Saturday 13 August 2011

Catatan Indah 1

Pagi yang dingin, bersimpuh di atas sejadah merah sambil tangan membelek2 buku putih pemberian sahabat tercinta, Nurul 'Atiqah Zulkepli. Aksara-aksara biru ditatap dan diteliti satu persatu. Berkelip-kelip mata menahan mutiara daripada jatuh. Tersentapku dari lena dunia. 


CIRCLE GABUNGAN GEN 4
(bersama mak cik Aya, mak cik Naziah dan Mak cik Wan)


Tarikh: 27/10/2010
Masa : 5.50 pm
Tempat : Bilik Mesyuarat, Bumi Wakafan SMAKL.


IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL


-Kenapa Bi'ah Solehah dirancang sedemikian rupa?? 
  ~untuk mendidik dan membentuk hati, membunag karat2 jahiliyyah daripada hati.
-Kita adalah aset masa depan untuk pembangunan ummah dan kita sangat bernilai..
-bila lalui proses ini (Tarbiyyah Isamiyyah) dengan penyerahan hati yang total, pasti ianya kan meresap ke dalam hati.
- Bersyukur kepada Allah SWT, tandanya? ialah takut dan taat kepada Allah SWT.
- Segala program yang dilakukan adlh untuk menanam kefahaman yang mendalam agar meresap ke dalam hati dan melahirkan amalan.
-Bila dengar ayat Allah, hatinya bergetar, seterusnya menjadi motivasi dan kerendahan hati yang lebih. Semua amalan meresap ke dalam hati.
-Jangan kita lalui proses yang ad sekarang dengan sia-sia.
-Kita buat sesuatu bukan kerana manusia, bukan juga kerana suasana, tetapi kerana Allah. 
-Hamba Rabbani. setiap yang dilakukannya balik semula kepada Allah. Hubungan hati dengan Allah sangat erat.
- Hamba yang sentiasa berhubung dengan Allah SWT, mampu menjunjung tinggi Islam dan berpegang teguh dengan Islam.
-Tak pernah terlewat untuk kita kembali kepada Allah SWT.
- Bukanlah Muslim seorang hamba itu, jika tidak menyerahkan hati kepada Allah SWT.
- Penyerahan hati dan hubungan yang terus menerus inilah yang disebut Rabbaniah, yang merupakan peribadi yang dicintai dan dituntut oleh Allah SWT.
-Anugerah 'Rabbani' ini diberikan kepada orang yang dekat hatinya dengan Allah SWT.




~insyaAllah, akan bersambung di lain waktu~

Saturday 16 July 2011

SURAT DARI GURU

Perhatikan dan dalamilah setiap bait2 nasihat dari pendidik2 SMASKL.


Buat anak didik kami,

Yang masih mentah menyentuh denai kehidupan, masih rendah lompatannya menyentuh kejora, masih cetek pula selamannya memburu permata. Inilah pesanan yang dibingkaikan untuk kalian. Kalau hari ini kami dihargai, maka ketahuilah kami menghargai kalian setiap detik sejak kami mula mengenali kalian.
Ketahuilah! Ilmu adalah cahaya hati dan penerang kalbu, oleh itu ilmu tidak cocok digandingkan dengan maksiat, kerana maksiat itu nyata zulmatnya. Kerana itu, waspadalah selalu akan keadaan hati-hati kalian. Sesungguhnya Tuhan Yang Maha Pengampun telah pun menghamparkan tanganNya untuk menghilangkan noda hitam itu daripada hati-hati kalian. Apa yang perlu kalian lakukan hanyalah ulangan istighfar dan permohonan maaf kepada-Nya.

Ilmu adalah tanda cinta Tuhan kepada hamba-Nya, khalifahNya. Kerana itu, diturunkan IQRA’ sebagai wahyu pertama. Syaitan amat memahami lafaz ini, bahkan pemahaman mereka lebih tepat daripada sangkaan kalian. Oleh yang demikian kalian telah mendapat tentangan sengit dari mereka sejak kalian mula memasang niat menuntut ilmu. Balaslah serangan mereka dengan sentiasa bertemankan buku. Kitab dan turath adalah untaian ilmu pewaris Nabi dan bukti pengorbanan mereka dalam bidang keilmuan. Seharusnya kalian menjadikan buku-buku dan tulisan-tulisan sebagai nafasmu agar pertarungan dengan syaitan bakal menjanjikan kemenangan. Sekarang, pilihlan dan bacalah dengan nama Tuhanmu!
Tidak dinamakan ilmu melainkan ianya merubah isi hati kea rah takut dan harap. Tuhan telah bersaksi bahawa tiada orang yang akan gerun kepada-Nya melainkan para ulama’. Tuhan juga telah mengingatkan melalui kalam Rasul-Nya bahawa ilmu-ilmu akan iangkat atu persatu bermula dengan khusyu’. Pergilah kalian ke masjid-masjid dan perhatikanlah patung-patung manusia menghina Tuhan dalam pengabdian, menghina dengan Taqlid dan Bid’ah. Pegilah kalian ke Barat dan perhatikan cendikiawan mereka, punyai pengetahuan tetapi angkuh dan sombong, sehingga menafikan Tuhan sendiri. Kami tidak mahu kalian begitu. Carilah ilmu yang sebenar dan fahamilah pengertiannya sedalam-dalamnya.

Ilmu adalah asbab kemuliaan diri dan ummah. Tiada alas an yang lebih ukuh untuk memuliakan seseorang melainkan kerana ilmunya. Bukankah barat Berjaya mencucuk hidung dunia dengan ilmu yang mereka terokai? Tidakkah kalian tahu bahawa ummah hari ini terus terluka sedangkan darah-darah yang mengalir itu belum lagi berganti. Maka, jadilah darah baru untuk ummah dengan menguasai ilmu misi kalian dalam menuntut ilmu haruslah untuk mengembalikan kegemilangan ummah! Ketauilah bahawa HIKMAH adlah BARANG MUKMIN yang telah lama hilang. Oleh itu, di mana sahaja kalian temui HIMMAH kalian lebih berhak mendapatkannya…

Tuhan, rahmatilah anak-anak didik kami, ajarkanlah mereka erti IKHLAS, MUJAHADAH dan PENGORBANAN kerana mahalnya nilai ilmu, sukar meraihnya dan berat dugaannya. Maka, jawapannya hanya dengan memohon kepada-Mu Kkerana Engkaulah pemilik ILMU dan HIKMAH dan tiada daya mendatangkan kebaikan dan tida pula upaa menjauhkan keburukan melainkan dengan izin-Mu.

Ameen.