Friday 16 September 2011

Chesterfield, United Kingdom - 16 September,2011


Good Luck for your examination.

P.S - gamba tu saye x edit apa2 pon ye. just tambah frame and my name.

Love,
Zaza.

Sunday 14 August 2011

PERSAUDARAAN YANG SUCI

Saudara-saudaraku yang beriman, ukhuwwah (persaudaraan) di dalam Islam tidak akan menjadi suci, murni, kukuh dan saling tolong menolong di atas dasar kebajikan melainkan jika terjadi kerana Allah Subha Nahu Wa Taala di dalam mencari keredhaan-Nya. Banyak hadis Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang membenarkan kenyataan ini.

Pertama: "Tiga perkara siapa yang ada padanya akan dapat merasai kemanisan iman, iaitu; Pertama, bahawa Allah dan Rasul-Nya lebih dikasihi daripada yang selainnya. Kedua, seseorang itu kasih kepada seseorang dan tiadalah ia kasih kepadanya melainkan kerana Allah. Ketiga, bahawa ia benci untuk kembali menjadi kekufuram sebagaimana ia benci untuk dimasukkan ke dalam api neraka." [Riwayat Bukhari]

Kedua: Sabda Rasulullah SallaLlahu 'Alaihi Wasallam, "Dan dua orang berkasih-kasihan demi Allah dan begitu juga apabila berhimpun." [Riwayat Bukhari]

Ketiga: Seorang lelaki yang menziarahi saudara seagama.

"Bahawa seorang lelaki menziarahi saudaranya di desa. Maka Allah Subha Nahu Wa Ta'ala mengutuskan seorang malaikat mengikuti dalam perjalanannya, maka manakala malaikat bertemu dengan lelaki itu ia bertanya, "Ada urusan apa?" Jawab lelaki itu, "Aku hendak menemui saudaraku di desa ini." Malaikat bertanya lagi; "Ada apa-apa yang dibawanya?" "Tidak! Melainkan aku kesana kerana aku kasih kepadanya." Lalu berkata malaikat; "Aku malaikat utusan Allah Subha Nahu Wa Ta'ala untuk memberitahu bahawa Allah Subha Nahu Wa Ta'ala kasihkan engkau sebagaimana engkau kasihkan saudaramu."" [Riwayat Muslim]

Akan tetapi wahai saudara-saudara yang beriman, persaudaraan di dalam Islam tidak akan menjadi jujur kerana Allah Subha Nahu Wa Ta'ala dan mencari keredhaan-Nya melainkan apabila persaudaraan itu didorong oleh keimanan dan untuk memperolehi ketaqwaan. Ini kerana tiada persaudaraan tanpa Iman dan tiada persahabatan tanpa taqwa. 
Firman Allah Subha Nahu Wa Ta'ala yang mafhumnya;

"Bahawa orang-orang yang beriman itu bersaudara." [Al Hujurat: 10]

"Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh)." [Az-Zukhruf: 67]

Individu yang dibentuk di atas tapak keimanan dan ketaqwaan. Apabila seseorang bersahabat dengan orang-orang yang seiring dengannya di bidang iman dan taqwa, ia akan merasai hubungan yang benar-benar hampir dan kasih. Juga ia akan merasai kemesraan dan keikhlasan di detik awal pertemuan dan perkenalan. 

Bagi diri yang berhias dengan sifat keji yang dibangunkan di atas tapak yang membawa kerosakan, ia tidak dapat duduk bersama dengan manusia yang sejahtera imannya. Ini disebabkan berlainan prinsip, jiwa yang tidak bersesuaian serta dasar yang tidak sama. Sehubungan dengan itu Nabi SallaLlahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud;

"Manusia itu bagaikan logam, mereka yang paling baik di zaman jahiliyah, maka begitulah setelah datangnya Islam sekiranya mereka mengerti, dan jiwa itu bagaikan tentera-tentera terlatih. Mana-mana yang bersefahaman dapat bersatu dan mana-mana yang tidak bersefahaman akan bertelagah." 

Wahai saudara-saudaraku yang mulia, terdapat banyak jalan untuk mengukuhkan ikatan ukhuwwah, dan sekiranya anggota masyarakat berpegang dengannya dan melaksanakannya di dalam kehidupan mereka, nescaya akan bertambah kuatlah persaudaraan sesama mereka. Antaranya ialah:

1. Nyatakan rasa kasihmu kepada saudaramu. 

Sabda Rasulullah SallaLlahu 'Alaihi Wasallam; "Jika seseorang itu kasih akan saudaranya, beritahulah kepadanya yang dia kasih kepadanya." [Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi]

2. Mintalah supaya saudaramu mendoakanmu sebelum berpisah. 

Umar bin Al-Khattab radhiallahu anhu berkata, "Saya minta izin kepada Baginda SallaLlahu 'Alaihi Wasallam untuk mengerjakan umrah." Baginda SallaLlahu 'alaihi Wasallam membenarkan dan berpesan; "Jangan lupa bila berdoa untuk kami bersama." [Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi]

3. Bermanis muka ketika bertemu.

Sabda Rasulullah SallaLlahu 'Alaihi Wasallam;
"Janganlah kamu memandang hina terhadap kebaikan walaupun kecil, walaupun bermanis muka ketika bertemu dengan kawan-kawan." 

4. Segeralah bersalam apabila bertemu.

Sabda Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam, maksudnya; "Tiadalah dua orang Islam yang bertemu lalu bersalaman melainkan dosa mereka akan diampunkan sebelum berpisah." 

5. Selalu menziarahi saudaranya dari masa ke semasa (satu tempoh yang tidak terlalu kerap dan tidak terlalu jarang). 

Sabda Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam, ertinya; "Siapa yang mengunjungi orang sakit atau menziarahi saudara seagama dengannya, menyerulah penyeru (malaikat), engkau baik, perjalanan engkau juga baik dan engkau akan menduduki rumah di Syurga." 

Sabdanya lagi di dalam riwayat yang lain; "Ziarahilah saudaramu untuk menambahkah kasih sayang."

6. Memberi ucapan tahniah kepada saudaranya dan menyukakan hatinya.
"Siapa yang menemui saudaranya dengan apa-apa yang menyukakannya, nescaya Allah Azzawajalla akan menyukakannya pada hari kiamat." 

7. Memberi hadiah kepada saudaranya pada ketika yang munasabah. 
"Hendaklah kamu memberi hadiah, ia boleh membangkitkan kasih sayang dan menghapuskan rasa dendam di hati." [Riwayat Dailami dari Anas]

8. Laksanakan tanggungjawab persaudaraan dengan sempurna. 

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam bersabda, maksudnya;

"Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu satu kerumitan dari kerumitan Akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya." [Riwayat Muslim]

Rujukan: Iman, Senjata Menghadapi Cabaran Zaman; Abdullah Nasih Ulwan



dipetik daripada http://tarbiyahpewaris.blogspot.com/2008/10/persaudaraan-yang-suci.html

Saturday 13 August 2011

Catatan Indah 1

Pagi yang dingin, bersimpuh di atas sejadah merah sambil tangan membelek2 buku putih pemberian sahabat tercinta, Nurul 'Atiqah Zulkepli. Aksara-aksara biru ditatap dan diteliti satu persatu. Berkelip-kelip mata menahan mutiara daripada jatuh. Tersentapku dari lena dunia. 


CIRCLE GABUNGAN GEN 4
(bersama mak cik Aya, mak cik Naziah dan Mak cik Wan)


Tarikh: 27/10/2010
Masa : 5.50 pm
Tempat : Bilik Mesyuarat, Bumi Wakafan SMAKL.


IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL


-Kenapa Bi'ah Solehah dirancang sedemikian rupa?? 
  ~untuk mendidik dan membentuk hati, membunag karat2 jahiliyyah daripada hati.
-Kita adalah aset masa depan untuk pembangunan ummah dan kita sangat bernilai..
-bila lalui proses ini (Tarbiyyah Isamiyyah) dengan penyerahan hati yang total, pasti ianya kan meresap ke dalam hati.
- Bersyukur kepada Allah SWT, tandanya? ialah takut dan taat kepada Allah SWT.
- Segala program yang dilakukan adlh untuk menanam kefahaman yang mendalam agar meresap ke dalam hati dan melahirkan amalan.
-Bila dengar ayat Allah, hatinya bergetar, seterusnya menjadi motivasi dan kerendahan hati yang lebih. Semua amalan meresap ke dalam hati.
-Jangan kita lalui proses yang ad sekarang dengan sia-sia.
-Kita buat sesuatu bukan kerana manusia, bukan juga kerana suasana, tetapi kerana Allah. 
-Hamba Rabbani. setiap yang dilakukannya balik semula kepada Allah. Hubungan hati dengan Allah sangat erat.
- Hamba yang sentiasa berhubung dengan Allah SWT, mampu menjunjung tinggi Islam dan berpegang teguh dengan Islam.
-Tak pernah terlewat untuk kita kembali kepada Allah SWT.
- Bukanlah Muslim seorang hamba itu, jika tidak menyerahkan hati kepada Allah SWT.
- Penyerahan hati dan hubungan yang terus menerus inilah yang disebut Rabbaniah, yang merupakan peribadi yang dicintai dan dituntut oleh Allah SWT.
-Anugerah 'Rabbani' ini diberikan kepada orang yang dekat hatinya dengan Allah SWT.




~insyaAllah, akan bersambung di lain waktu~

Saturday 16 July 2011

SURAT DARI GURU

Perhatikan dan dalamilah setiap bait2 nasihat dari pendidik2 SMASKL.


Buat anak didik kami,

Yang masih mentah menyentuh denai kehidupan, masih rendah lompatannya menyentuh kejora, masih cetek pula selamannya memburu permata. Inilah pesanan yang dibingkaikan untuk kalian. Kalau hari ini kami dihargai, maka ketahuilah kami menghargai kalian setiap detik sejak kami mula mengenali kalian.
Ketahuilah! Ilmu adalah cahaya hati dan penerang kalbu, oleh itu ilmu tidak cocok digandingkan dengan maksiat, kerana maksiat itu nyata zulmatnya. Kerana itu, waspadalah selalu akan keadaan hati-hati kalian. Sesungguhnya Tuhan Yang Maha Pengampun telah pun menghamparkan tanganNya untuk menghilangkan noda hitam itu daripada hati-hati kalian. Apa yang perlu kalian lakukan hanyalah ulangan istighfar dan permohonan maaf kepada-Nya.

Ilmu adalah tanda cinta Tuhan kepada hamba-Nya, khalifahNya. Kerana itu, diturunkan IQRA’ sebagai wahyu pertama. Syaitan amat memahami lafaz ini, bahkan pemahaman mereka lebih tepat daripada sangkaan kalian. Oleh yang demikian kalian telah mendapat tentangan sengit dari mereka sejak kalian mula memasang niat menuntut ilmu. Balaslah serangan mereka dengan sentiasa bertemankan buku. Kitab dan turath adalah untaian ilmu pewaris Nabi dan bukti pengorbanan mereka dalam bidang keilmuan. Seharusnya kalian menjadikan buku-buku dan tulisan-tulisan sebagai nafasmu agar pertarungan dengan syaitan bakal menjanjikan kemenangan. Sekarang, pilihlan dan bacalah dengan nama Tuhanmu!
Tidak dinamakan ilmu melainkan ianya merubah isi hati kea rah takut dan harap. Tuhan telah bersaksi bahawa tiada orang yang akan gerun kepada-Nya melainkan para ulama’. Tuhan juga telah mengingatkan melalui kalam Rasul-Nya bahawa ilmu-ilmu akan iangkat atu persatu bermula dengan khusyu’. Pergilah kalian ke masjid-masjid dan perhatikanlah patung-patung manusia menghina Tuhan dalam pengabdian, menghina dengan Taqlid dan Bid’ah. Pegilah kalian ke Barat dan perhatikan cendikiawan mereka, punyai pengetahuan tetapi angkuh dan sombong, sehingga menafikan Tuhan sendiri. Kami tidak mahu kalian begitu. Carilah ilmu yang sebenar dan fahamilah pengertiannya sedalam-dalamnya.

Ilmu adalah asbab kemuliaan diri dan ummah. Tiada alas an yang lebih ukuh untuk memuliakan seseorang melainkan kerana ilmunya. Bukankah barat Berjaya mencucuk hidung dunia dengan ilmu yang mereka terokai? Tidakkah kalian tahu bahawa ummah hari ini terus terluka sedangkan darah-darah yang mengalir itu belum lagi berganti. Maka, jadilah darah baru untuk ummah dengan menguasai ilmu misi kalian dalam menuntut ilmu haruslah untuk mengembalikan kegemilangan ummah! Ketauilah bahawa HIKMAH adlah BARANG MUKMIN yang telah lama hilang. Oleh itu, di mana sahaja kalian temui HIMMAH kalian lebih berhak mendapatkannya…

Tuhan, rahmatilah anak-anak didik kami, ajarkanlah mereka erti IKHLAS, MUJAHADAH dan PENGORBANAN kerana mahalnya nilai ilmu, sukar meraihnya dan berat dugaannya. Maka, jawapannya hanya dengan memohon kepada-Mu Kkerana Engkaulah pemilik ILMU dan HIKMAH dan tiada daya mendatangkan kebaikan dan tida pula upaa menjauhkan keburukan melainkan dengan izin-Mu.

Ameen.

Sunday 22 May 2011

Secebis cinta kutuluskan buat kamu sayang.

In the name of Allah, The God of The Entire World.
Best dekat sini study Art & Design, and saye dah semester terakhir pon.
Dah nak cuti summer weyh!
Tapi, akhawat2 nun jauh di bumi Malaysia sibuk dengan kemasukan ke IPT2 masing2.

Disini, saye nak.. ape ye? hurmm, nak.. ceritekan something lah.
Tak perlu la korang rase takut atau gementar kat dunia IPT nanti.
Saye dah alami, dan saye tahu sangat situasi disini.
Insyaallah, Allah akan jaga korang,
Tapi yang pastinye, Islam ada dimana2.
Insyaallah, korang akan jumpe jugak insan2 soleh di IPT korang.

Saye di LCA [Leeds College of Art], boleh kire orang islam
= bertape sikitnye orang islam dekat college saye.

Orag yg pakai tudung pon kurang 10 orang tau!
hee bangga pulak.
Nak solat pon kene sorok2,
Kadang2 terkantoi ngan budak mak salleh,
tp diaorang tak kacau pon. seronok tau!
Kat sini baru saye belaja bahawa,
kite sepatutnye kene rase IZZAH dengan agama kite

Dan bile datang UK, baru saye tahu dunia yang sebenar.
Jahiliyyah yang sebenar.
Saye malas la nak tulis panjang bebeno.
Tapi itu la hakikatnye.
Sungguh berat tanggupjawap seorang daie ini, Masyaallah.

''Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh,'' (33:72)


Korang, cayok!
Saranghea
xox
Zaza = Zatul

Wednesday 18 May 2011

Gadget Untuk Haq



 

HauraMira teringat ketika menghadiri Bengkel Kelab Media di UKM Bangi anjuran HALUAN , Encik Roslin yang merupakan salah seorang karyawan akhbar tempatan News Straits Times telah ditugaskan untuk menerangkan kepada kami ahli-ahli Kelab Media Haluan tentang teknik Fotografi ;tentang bagaimana menghasilkan shot-shot yang menarik . Banyak yang dapat dipelajari dngan beliau.

 Diakhir pembentangan, beliau telah memaparkan kepada kami contoh gambar-gambar mugshot dan pelbagai jenis shot yang menarik.

Wow..memang cantek..macam hidup je..

Kami terpesona melihat gambar-gambar yang ditangkap oleh beliau sendiri ,namun kami semua tergamam juga dipaparkan gambar-gambar sebahagian artis tempatan yang berpakaian agak menjolok mata. Kami para peserta Haluan  agak terkejut,(maklumlah masing-masing bertudung labuh dan berkopiah) tetapi masing-masimg menunjukkan lagak biasa.( Reaksi seorang Da'ie tidak mudah melatah ,bijak menyusun kata).

Dihujung slot, Encik Roslin memohon maaf kerana memaparkan gambar-gambar sedemikian rupa . Menurut beliau, beliau sengaja meletakkan gambar-gambar seperti itu untuk memberi gambaran kepada peserta bahawa dunia hari ini lebih memandang wanita yang menggoda dan seksi (maaf menggunakan bahasa ini) sebagai tarikan  untuk dijadikan shot yang sesuai dan menarik berbanding lelaki atau wanita muslimah. Beliau juga memberi pesan terakhir dengan mencabar jika aantum dan antunna semua dapat menghasilkan shot-shot yang menarik tanpa melibatkan pendedahan aurat atau wanita memandangkan dunia hari ini terlalu tenat dengan kelalaian keduniaan yang menurut hawa nafsu semata.

Jika dilihat dari sudut lain, cabaran Encik Roslin sebenarnya adalah amanat buat kita semua untuk mengubah persepsi masyarakat yang menjadikan wanita sebagai boneka pameran tanpa segan silu. InsyaAllah dari hati tulus beliau.

*Bagi mereka yang expert dalam bidang fotografi atau penggambaran, cuba hasilkan shot atau moment yang menarik menurut syariat Deen kita.

-Dunia Makin Tenat-


Tuesday 3 May 2011

Peta Hidup

"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian (satu peninggalan berharga), seandainya kamu berpegang dengannya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah dan sunnah nabi-Nya." (Al-Hakim bersanadkan Ibnu Abbas)

Monday 2 May 2011

Kewajiban Menuntut Ilmu

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

"Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajarkan manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." (96:3-4)


Rasulullah SAW bersabda :

"menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap muslim"

( Riwayat Ibnu Majah)

ILMU
.. merupakan cahaya yang ALLAH berikan kepada manusia sebagai petunjuk.

ILMU
... merupakan pemberian Rabbaniah yang ajaib.

Menuntut ilmu adalah FARDHU.

Kalimah yang diucapkan Baginda SAW ini (menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap muslim) dengan sendirinya telah menyebarkan sinaran cahaya dan dengan kalimah ini telah mampu membuka ufuk kehidupan manusia.

FARDHU
.. mari kita lihat apakah makna fardhu di dalam jiwa mukmin.


Pertama : ia adalah keWAJIBan yang mesti ditunaikan oleh manusia. Tidak boleh ditinggalkan sama sekali dengan alasan-alasan yang diciptakan.

Kedua : ia adalah kewajiban yang dilakuan manusia kerana Allah dan sebagai pengibadatan kepada-Nya. Dengan itu, dia melaksanakannya dengan amanah, bersih dan ikhlas.

Ketiga : ia adalah amalan yang mendekatkan seorang hamba kepada Rabbnya. Setiap kali seorang muslim melaksanakan kefardhuan atau ibadah ini, dia akan merasa hampir dengan Allah. Dengan itu, keimanan dan pergantungannya kepada Yang Maha Mengetahui akan bertambah. Khusyuk, cinta, redha, syukur. Perasaan-perasaan ini akan membesar dalam jiwanya.


Inilah sebahagian daripada pengertian fardhu dalam jiwa mukmin.
Itulah juga pengertian ilmu dalam jiwa muslimin.


Buat jiwa-jiwa yang malas belajar,
jom muhasabah semula diri kita!!


~rujukan 'Hadis-hadis Pilihan' tulisan Muhammad Qutb~

Monday 25 April 2011

HiMEGA 2011



HiMEGA 2011 sudah berlalu. bagaimana dengan kita?



reunion kami di kaki lima.
(aisyah tiada dalam gambar, tidak tahu empunya diri hilang ke mana)


alhamdulillah, pelbagai warna dan perisa. The deepest appreciation to Zatul.



cik adik yang keletihan. =.='



senior yang sedia berbakti dan berkorban. thanks!!



alhamdulillah, dapat JC.comic, free of charge..



peserta perempuan HiMEGA. ramai kan?


Abu Ridhwan dan KTD, penyampaian yang penuh bertenaga.
Jom pakat masuk KTD!!



Dr. Azizan yang menghangatkan Kaed auditorium.


"ye are the best peoples, evolved for mankind, enjoining what is right, forbidding what is wrong, and believing In ALLAH. if only the of the people Book and Faith, it were best for them: among them are some who have faith, but Most of them are preverted transgressors"

(chapter 3, verse 110)

Thursday 21 April 2011

HIMEGA VS French

Saya di French buat pertama kali





















Sementare sahibah2 lain pergi HIMEGA.
saye yang berade di perantauan ni
akan pergi cuti2 ke ...

'Other side of Europe'

ha... Kalau kawan2 nak tau,
kene bukak my actual blog la ye.


Click Here!


Tapi salah satu negare yang saye
akan pergi is French [ buat kali ke 2 insyaallah ]
Semoga perjalananku dirahmati olehNYA

Sedang membaca buku Sultan Muhammad Al-fateh.
Masyaallah hebatnya dia. 
Hebat lagi Rasulullah, insyaallah. 

With Love,
Zaza

Tuesday 19 April 2011

DARUL TAQWA & DATUK DR JOHAR

ingat tak zaman kita waktu kecil2 dulu.. terjumpa cerita ini.. cerita yg pernah kita lakonkan sewaktu malam kebudayaan 2007..hayatilah.. sangat2 menarik..







Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba? Begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan.

“Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman.” Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling.

Siapa berani menegurku? Aku Datuk Dr.Johar, orang besar negara ini.

“Pakcik, biarlah saya tolong kutip,sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti didendanya pakcik,” kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit kepalanya.

Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan duit ini . Siapa yang tak kelabu tengok duit merah, biru berlapis-lapis.

Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter bersimpang -siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya. Kesibukan yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden.

Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka…Ah, di mana aku sekarang ini, gerutu hati Datuk Dr.Johar.

“Hoi budak, Aku dimana sekarang ?” soalnya kepada budak yang menegurnya tadi. Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak.

Apakah ini Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya: teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar.

Budak itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat,tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru.

“Assalamualaikum….Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitikberatkan iman…. Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali.” Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut. Datuk Dr. Johar tersentak.

Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbung tinggi. Apa ? Dia nak marahkan aku ?

” Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan ? ” tanyanya angkuh.

“Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat,” kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang.

“Oh, oh …. maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit, kenapa pakcik pakai pakaian zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?” Tanya pegawai itu pula.

Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar.

Dia berjalan ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula – Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally.

Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia yang ketinggalan zaman.

“Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni. “

“Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum berdaulat di Darul Taqwa ni. Moyang-moyang kami dulu saja yang pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itupun dalam buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang kami pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti darul Taqwa.” Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan.

“Di mana aku sebenarnya ni?” Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal, Ini Jalan Chow Kit ditengah bandar Kuala lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada.

“Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah, namanya. Saya Haji Din,Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan lahir batin bandar ini.”

Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa yang terjadi ni? Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr. Johar.

“Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang, lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan pakcik dunia dan Akhirat…”

Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh.Nyaring dan jelas. Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepada seorang pegawai penguatkuasa.

“Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah ! seksa Neraka amat pedih..Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya di hukum di Akhirat!” rayu lelaki itu. Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang, dan kesempatan itu diambil oleh Datuk Dr. Johar. Ia lari sekuat-kuat hati.

Peliknya mereka tidak mengejarnya. Ia terlepas …Lega.Dahaga , lapar mula menggigit tekak dan perutnya. Dia mesti makan.Dia perlu minum. Tapi di mana?

Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari sound system di tepi-tepi jalan :

“Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syed Al Abrar, hartawan besar berada di jalan Uwais Al Qarni. Dia merayu fakir miskin supaya sudi menerima sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman. Sila datang!”

Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan mencemar duli menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanya berserban dan berjubah.Matanya tak betah lagi melihat semua itu.Tapi kerana lapar ia masuk juga.

“Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki.”

“Ceh! Diskriminasi, doubel-standard, lelaki dipisahkan daripada perempuan.Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya.

“Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan? Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam ni!”. Lelaki itu tersenyum.

“Empat puluh tahun yang lalu adalah.Sekarang ni kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir Muhammad,pemimpin Darul Taqwa telah menaikkan taraf wanita tanpa Women’s Libs.Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana. Di sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak perempuan,”terangnya. Mukanya jernih.Serban dan jubahnya serba putih.

“Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni…”

“Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Taqwa ini. Tak ada orang lagi yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu… Subhanallah….” Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurut dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia manggeleng -gelengkan kepalanya.

Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun duduk.

“Nasi beriani sepinggan !”ujarnya kepada pelayan.

“Dalam pinggan, tuan?” tanya pelayan itu kehairanan.

“Ya ! Apa peliknya?”,

“Baik,tuan.Tapi semua orang berebut-rebut pahala makan berjamaah. Tuan makan seorang ?” tanya pelayan berkulit hitam itu.

Dia tambah geram.direnung ke hadapan, iaitu ketempat orang menikmati makanan.Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. Yek! Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian! Nasi beriani dengan ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas.

“Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki,” kata pelayan itu dengan sopan. Datuk Dr.Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin lengkap dengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan seorang diri bagai kera sumbang.

” Ya Allah, apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam sembahyang jemaah Subuh, ” ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang kecewa. Suapnya perlahan. Macam tak lalu makan saja.

“Anta tak cuba tampung dengan amal makrufat yang lain ?”tanya sahabatnya di sebelah.Dia nampak simpati. Datuk Dr. Johar pasang telinga saja.

“Ana nak sedekahkan lima ribu ringgit …malang nasib ana. Ana tunggu lima jam di tepi jalan tadi, seorang pun tak mahu terima sedekah ana ” Keluhnya.

”Susah kita sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita.Tolonglah terima sedekah kita.Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, Di dunia orang tak sudi pula terima sedekah kita," keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda tadi.

”Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan harta yang banyak ini. Saya pun dapat harta ni melalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk saya daripada moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementerian-kementeriannya…. saya nak labur habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat,” kata pemuda itu menutup perbualan. Mereka pun makan dengan perlahan -lahan. Datuk Dr.Johar makin pelik.

“Tambah nasi sepinggan lagi!” ujarnya kepada pelayan restoran.

“Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan … berhentilah sebelum kenyang.Maaf tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan kedai merangkap pegawai perubatan ….,” kata pelayan itu lagi.

“Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri atau dalam negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan di restoran!” bentaknya. Marah campur geram.

“Tuan, mana ada hospital sekarang.Yang ada khusus untuk bayi, kanak-kanak dan wanita, juga para mubaligh dan mujahid yang cedera ketika berjuang. Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum kenyang, tuan akan sihat, insya-Allah. Kita tak perlu hospital!�

“Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam aku ini ?” leternya perlahan-lahan.

“Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku perubatan edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada siapa menghidapnya…..” “Batalkan saja oder saya tadi, banyak sangat cakap, boring. Saya perlu hiburan sekarang …Di mana boleh saya dapati ?” tanyanya.

“Di sana, tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana, tuan boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau pasal bil. Percuma." Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah hebat ke tempat yang ditunjukkan. Berbagai -bagai butang dengan bermacam warna berkelip-kelip. Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat disembunyikannya. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre Cardinnya ia masih kelihatan kolot.. Entah di mana falsafah moden Datuk Dr. Johar. Pada pakaiannyakah atau otaknya? Diberanikan hatinya; satu butang warna hitam ditekan .

Dalam skrin timbul tajuk besar- KHAUF. Apa bendanya ni? Kemudian menyusul nama-nama lagu: MATI ITU TERLALU SAKIT, ALAM BARZAKH YANG PASTI, MIZAN NOKTAH PENYESALAN , IZRAEL DATANG TIBA-TIBA Oh…Oh … seram sejuk tubuhnya. Apa nama lagu macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit. Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu. aku belum nak mati lagi, protes hati Datuk Dr.Johar.

Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah terus menekannya. Tertera di atas skrin komputer: RAJA’. kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu. Dibacanya dengan teliti… FIRDAUSI MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN RAHMAT-NYA, KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI�.. Kepala datuk Dr. Johar makin pusing. Semuanya tentang Akhirat. Apa nak jadi ni?

“Tak ada lagu yang hot sikit ke?” tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya.

“Nanti ya pakcik . Saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang ni.Top-hit anak-anak muda sekarang…”

“Ya, ya saya setuju,” balas Datuk Dr. Johar. Telinganya dihalakan kepada sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingin dengar lagu-lagu kegemaran muda-mudi daerah asing itu. Ayat suci Al-Quran a…

“Eh …ni suara orang mengaji,”

“Nanti dulu pakcik,selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusul lagunya,” kata pemuda berjubah cokat itu sambil matanya di tutup rapat-rapat. Asyik sekali dia.
Kemudian getaran suara bergema …. Cintaku berlabuh di persada rahmat-Mu mendamba kasih yang tidak berhujung mengutip sayang di hamparan cinta suci. Inilah getaran hatiku memburu cinta……. stanza hati merindu Ilahi!” Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter bayaran.

“Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan sajalah …” Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata

” Saya bayar dengan kad kredit saja!” Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya.

“Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini bukan yang boleh kami terima, kami halalkan sajalah.”

“Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan berbungkal-nungkal emas di bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambar pencuri.”

” Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim kerana takutkan seksa Neraka.”

“Ah, aku tak nak dengar semuanya.makin gila aku dibuatnya,” pekik Datuk Dr. Johar lantas meluru keluar dari restoran itu. Di luar,semua pandangan menyakitkan hati.

Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi begini tinggi.

Pemandu bullet train berserban merah tersenyumkepadanya. Pilot helikopter dengan tulisan ‘MAKRUFAT AIR TRANSPORT’ sibuk dengan urusannya. Di seberang jalan tertegakpapan iklan dengan tulisan yang jelas :” KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DENGAN SUNNAH “. Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan perempuan berserta anak-anak meraka. Semuanya berserban, berjubah dan berpurdah.

Isy,meluatnya!

Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum. Baginya,semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek.

Kenapa jadi begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa?

Datuk Dr. Johar tiba-tiba menjerit. Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat itu tiba-tiba meletus.

“Datuk..!Datuk..! Bangun, Datuk. Ada berita buruk !” Datuk Dr.Johar bangun. Ia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu.

“Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah? “tanya Datuk Dr. Johar.

“Tidak, Tuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu demokrasi.Mereka tak mahu pilihanraya…”

“Habis, mereka mahu apa?”

“Mereka mahu Islam, Datuk!”

“Islam ? ” keluh Datuk Dr. Johar. Digosok-gosok lagi matanya.

penulis asal: brohamzh.blogspot.com



-DUNIA ISLAM TELAH TERBAKAR, SETIAP KITA HARUS MENUANGKAN AIR MESKI PUN SEDIKIT, UNTUK MEMADAMKAN API SEMAMPUNYA, TANPA MENUNGGU ORANG LAIN-



- HaNa'..^_^
love ue all lillah -

Monday 18 April 2011

Salam Ukhuwwah

Sungguh, saya amat merindui kalian. Dan harapan saya kita bakal berkumpul lagi.


Tak disini, di syurga ALLAH nanti. Ameen. Hadiah saya untuk kalian.


Aisyah Ulya

Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya

Tuesday 19 April 2011 10:03 am

Home Sweet Home

With a warm welcome..

Lake District, Scotland - 2009

Selamat Datang dari kami Akhawat Gen 4 of SMAKL