Saturday 16 July 2011

SURAT DARI GURU

Perhatikan dan dalamilah setiap bait2 nasihat dari pendidik2 SMASKL.


Buat anak didik kami,

Yang masih mentah menyentuh denai kehidupan, masih rendah lompatannya menyentuh kejora, masih cetek pula selamannya memburu permata. Inilah pesanan yang dibingkaikan untuk kalian. Kalau hari ini kami dihargai, maka ketahuilah kami menghargai kalian setiap detik sejak kami mula mengenali kalian.
Ketahuilah! Ilmu adalah cahaya hati dan penerang kalbu, oleh itu ilmu tidak cocok digandingkan dengan maksiat, kerana maksiat itu nyata zulmatnya. Kerana itu, waspadalah selalu akan keadaan hati-hati kalian. Sesungguhnya Tuhan Yang Maha Pengampun telah pun menghamparkan tanganNya untuk menghilangkan noda hitam itu daripada hati-hati kalian. Apa yang perlu kalian lakukan hanyalah ulangan istighfar dan permohonan maaf kepada-Nya.

Ilmu adalah tanda cinta Tuhan kepada hamba-Nya, khalifahNya. Kerana itu, diturunkan IQRA’ sebagai wahyu pertama. Syaitan amat memahami lafaz ini, bahkan pemahaman mereka lebih tepat daripada sangkaan kalian. Oleh yang demikian kalian telah mendapat tentangan sengit dari mereka sejak kalian mula memasang niat menuntut ilmu. Balaslah serangan mereka dengan sentiasa bertemankan buku. Kitab dan turath adalah untaian ilmu pewaris Nabi dan bukti pengorbanan mereka dalam bidang keilmuan. Seharusnya kalian menjadikan buku-buku dan tulisan-tulisan sebagai nafasmu agar pertarungan dengan syaitan bakal menjanjikan kemenangan. Sekarang, pilihlan dan bacalah dengan nama Tuhanmu!
Tidak dinamakan ilmu melainkan ianya merubah isi hati kea rah takut dan harap. Tuhan telah bersaksi bahawa tiada orang yang akan gerun kepada-Nya melainkan para ulama’. Tuhan juga telah mengingatkan melalui kalam Rasul-Nya bahawa ilmu-ilmu akan iangkat atu persatu bermula dengan khusyu’. Pergilah kalian ke masjid-masjid dan perhatikanlah patung-patung manusia menghina Tuhan dalam pengabdian, menghina dengan Taqlid dan Bid’ah. Pegilah kalian ke Barat dan perhatikan cendikiawan mereka, punyai pengetahuan tetapi angkuh dan sombong, sehingga menafikan Tuhan sendiri. Kami tidak mahu kalian begitu. Carilah ilmu yang sebenar dan fahamilah pengertiannya sedalam-dalamnya.

Ilmu adalah asbab kemuliaan diri dan ummah. Tiada alas an yang lebih ukuh untuk memuliakan seseorang melainkan kerana ilmunya. Bukankah barat Berjaya mencucuk hidung dunia dengan ilmu yang mereka terokai? Tidakkah kalian tahu bahawa ummah hari ini terus terluka sedangkan darah-darah yang mengalir itu belum lagi berganti. Maka, jadilah darah baru untuk ummah dengan menguasai ilmu misi kalian dalam menuntut ilmu haruslah untuk mengembalikan kegemilangan ummah! Ketauilah bahawa HIKMAH adlah BARANG MUKMIN yang telah lama hilang. Oleh itu, di mana sahaja kalian temui HIMMAH kalian lebih berhak mendapatkannya…

Tuhan, rahmatilah anak-anak didik kami, ajarkanlah mereka erti IKHLAS, MUJAHADAH dan PENGORBANAN kerana mahalnya nilai ilmu, sukar meraihnya dan berat dugaannya. Maka, jawapannya hanya dengan memohon kepada-Mu Kkerana Engkaulah pemilik ILMU dan HIKMAH dan tiada daya mendatangkan kebaikan dan tida pula upaa menjauhkan keburukan melainkan dengan izin-Mu.

Ameen.

1 comment:

Aisyah Ulya said...

Rindu cikgu2.. >.<